Skip to main content

KENAPA RAHSIAKAN PERTUNANGAN ?

 ASSALAMUALAIKUM

  

 


Sering kali kita melihat di laman sosial bahawa pertunangan seringkali diheboh hebohkan . Sebenarnya , pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas yang perlu di jaga dan bukan macam mana suami isteri yang sah .



Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan .


Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan , seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan .” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan , mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri .


Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya . Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas , maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran .


Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang yang bertanggungjawab , beramanah serta rajin beribadah .


Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga . *sangat penting*


Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan , pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga , kewangan dan pengurusan rumah tangga , kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan .


Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat . Malah , bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati .


Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan , jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi , hendaknya ia lakukan ." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya . Hadis shahih menurut Hakim .


Bermakna , sekadar lihat muka dan tangan , hati telah terdetik untuk menikahi , maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri . Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali . Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan . Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan . Muka melambangkan kecantikan .Tangan menunjukkan kesuburan . Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing) .


Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan , seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis .


Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia , berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal . Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri . Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin .


Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata : Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang . Beliau bersabda : "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang , sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat ." Riwayat Ahmad . Hadis shahih menurut Ibnu Hibban . 


Mahu tidak mahu , pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus . Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin , kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan .


Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya .


Dari segi akhlak , pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak , demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya .


Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji . Hakikatnya , pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam .

 p/s : ruangan perkongsian anda dan diri saya sendiri .


syukran jazillan !
terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca ruangan ini . 

*jemput singgah lagi yer :) hoho.


Comments

Popular posts from this blog

sedih bila dapat POINTER RENDAH ?

SUMBER INSPIRASI SAYA UNTUK SEMESTER 2 :) thanks kakak 'gadis biasa' sebab anda telah menyedarkan diri saya supaya jangan mudah mengalah dan putus asa dalam belajar . bagus untuk semua student student yang masih lagi belajar kat luar sana . jangan lupa baca cerita inspirasi ni .  TERBAIK from Facebook Page UniMAP Confession !  just for share only .




Assalamualaikum.

saya ada satu kisah inspirasi nak cerita .
saya masuk Unimap dari kolej matrikulasi dengan pngk 2.4 sahaja .

saya fikir memang xde U pun nak terima saya, Alhamdulillah Unimap tawarkan saya dengan kos yang menarik .
saya ni pelajar biasa2 je .
kalau belajar tu, susah sangat nak menghafal . so kalau ada subjek2 menghafal ni , memang saya kena effort lebih untuk menghafal .
semester 1 saya di Unimap , saya dapat pointer 2.6 je . tu pun mak ayah dah happy sebab saya lulus . tapi... jauh di hujung hati saya ni teringin sangat nak 3.0 pointer . yela , dari matriks lagi xpenah dapat 3.0 pointer .
so sem2 , saya cuba lagi .…

HUJAN RAHMAT :)

Assalamualaikum , hye uoll's !  

Today is tuesday , 10/9 

Alhamdulillah Alhamdulillah , sebab dah banyak hari kat kawasan Jitra ni asyik hujan . happy for this ! hujan kan tanda nya RAHMAT :') "hujan rahmat" ok . aku pun bersyukur laa sebap dapat lagi rasa hujan kan kanss . bila hujan turun boleh laaa kita sama sama amalkan doa ketika hujan :) jom sama sama kita amalkan .

 boleh laa kot kita usaha sama sama untuk amalkan doa ni :) mudah je kan ? hihikss . insyaAllah , Allah akan menggantikan dengan pahala yang berlipat ganda pada hambaNYA .


Aiskrim Pasu di Daerah Kubang Pasu

ASSALAMUALAIKUM 
hai semua sayang sayang ku yang sudi membaca belog Aten Nabeela :)
muah ciket ! hehe
dah lama kan aku tak update belog . hmm , sibuk la katanya . sibuk takla sibuk sangat pun . cuma tak tahu nak tulis apa . sebab otak baru dapat rehat jaa sekarang . macam macam dah aku alami . sibuk dengan exam haritu . tapi Alhamdulillah segalanya dah habis . bersyukur kerana Allah masih lagi bagi kesempatan untuk belajar . sesusah mana pun kena harungi jugak . hehe . macam macam al kisah laa musim cuti ni . macam macam nak cerita , tapi rasa tak tau nak tulis macam mana . haha . ni cerita petang semalam . aku pi pekena(try) aiskrim pasu hat popular sekarang di era ini . wuuuuu ~ rasa nya boleh laaa sedap . sahabat aku a.k.a peah , salu dok ajak pi try dah sebelum ni . tapi mula mula taktau pun kat area Jitra ni ada . lastly , aku dapat tau dari sepupu . dia bagitau kata kat tasik ada . aku apa lagi , bagitau laa kat peah . peah ni pantang bagitau , teruih ajak pi try . haha . nak takna…