WELCOME TO

Thursday, February 12, 2015

KENAPA RAHSIAKAN PERTUNANGAN ?

 ASSALAMUALAIKUM

  

 


Sering kali kita melihat di laman sosial bahawa pertunangan seringkali diheboh hebohkan . Sebenarnya , pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas yang perlu di jaga dan bukan macam mana suami isteri yang sah .



Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan .


Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan , seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan .” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan , mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri .


Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya . Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas , maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran .


Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang yang bertanggungjawab , beramanah serta rajin beribadah .


Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga . *sangat penting*


Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan , pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga , kewangan dan pengurusan rumah tangga , kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan .


Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat . Malah , bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati .


Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan , jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi , hendaknya ia lakukan ." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya . Hadis shahih menurut Hakim .


Bermakna , sekadar lihat muka dan tangan , hati telah terdetik untuk menikahi , maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri . Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali . Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan . Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan . Muka melambangkan kecantikan .Tangan menunjukkan kesuburan . Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing) .


Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan , seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis .


Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia , berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal . Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri . Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin .


Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata : Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang . Beliau bersabda : "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang , sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat ." Riwayat Ahmad . Hadis shahih menurut Ibnu Hibban . 


Mahu tidak mahu , pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus . Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin , kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan .


Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya .


Dari segi akhlak , pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak , demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya .


Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji . Hakikatnya , pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam .

 p/s : ruangan perkongsian anda dan diri saya sendiri .


syukran jazillan !
terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca ruangan ini . 

*jemput singgah lagi yer :) hoho.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, February 09, 2015

Aiskrim Pasu di Daerah Kubang Pasu

ASSALAMUALAIKUM 
hai semua sayang sayang ku yang sudi membaca belog Aten Nabeela :)
muah ciket ! hehe
dah lama kan aku tak update belog . hmm , sibuk la katanya . sibuk takla sibuk sangat pun . cuma tak tahu nak tulis apa . sebab otak baru dapat rehat jaa sekarang . macam macam dah aku alami . sibuk dengan exam haritu . tapi Alhamdulillah segalanya dah habis . bersyukur kerana Allah masih lagi bagi kesempatan untuk belajar . sesusah mana pun kena harungi jugak . hehe . macam macam al kisah laa musim cuti ni . macam macam nak cerita , tapi rasa tak tau nak tulis macam mana . haha . ni cerita petang semalam . aku pi pekena(try) aiskrim pasu hat popular sekarang di era ini . wuuuuu ~ rasa nya boleh laaa sedap . sahabat aku a.k.a peah , salu dok ajak pi try dah sebelum ni . tapi mula mula taktau pun kat area Jitra ni ada . lastly , aku dapat tau dari sepupu . dia bagitau kata kat tasik ada . aku apa lagi , bagitau laa kat peah . peah ni pantang bagitau , teruih ajak pi try . haha . nak taknak , kami ni memang sama perangai . apa apa pun peah selalu ada untuk aku . sobsss . sementara peah masih lagi dok Jitra , boleh laa aku keluar jalan2 dengan dia . lepasni peah dah abeh study , takdak dahlaa kawan . aku ni kalau nak kawan , suka kawan betoi2 . taksuka bagi orang sakit hati dengan aku kecuali orang tu selalu buat jahat . haha . apa apa pun aku nak ucap bebanyak banyak terima kasih kepada Aisyah a.k.a peah aku . haha . sebab sebelum pi try Aiskrim Pasu semalam , dia dah bawak aku pi try Ais Kacang(ABC) dah kat tasik ni . SEDAP ABC dia ! aku suka aiskrim dia . haha . kalau nak try , nanti pi cari kat kedai yang dalam tasik tu . bukan kat luar okey . tapi yang Aiskrim Pasu tu , depa jual kat luar pagar ja . aku agak terkejut laaa bila aku tengok yang meniaga Aiskrim Pasu ni rupanya jejaka jejaka muda . aku ingat gadis gadis muda . hehe . Alhamdulillah dah cuba jugak Aiskrim Pasu di Daerah Kubang Pasu ni . lepasni aiskrim apa pulak pun aku taktau laaa . orang sekarang pandai dok reka macam macam yang pelik dan agak unik . hehe . takdak kat luar negara aku rasa . Malaysia jaa ada . beruntung laa jadi rakyat Malaysia .


kepada orang Jitra
JEMPUT MAI SINGGAH KE TASIK DARULAMAN(Darulaman Park) , JITRA KEDAH


RM 5.00
-Ada kek pisang(yummy!)
 


 


 


  

 




 


 



 ABC sedap .
*wajib try nih . haha

 



Aiskrim Pasu yang 
yummy yummy !
 


*selalu ada waktu petang ja , dalam pukui 5 petang gitu . kalau rezeki hampa murah , ada lah noh . huhu . taktau dia bukak hari hari ka camna . sebab aku tak tanya pun . tolong cerita kata ada , buleh laaa . haha.

 
 Thanks for reading !
 Syukran Jazillan . hehe

p/s : jemput lah singgah lagi lepas ni .



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen