“Aduhhh, susahnya nak tentukan course apa yang paling sesuai!”.  Keliru dengan hala tujumu di dunia kampus ? tak tahu aliran mana yang sesuai dengan jiwa mu ? Jom belajari 5 cara yang mudah untuk tentukan aliran apa yang paling sesuai denganmu.



1) Kenal Pasti kebolehanmu
Sebelum kamu membuat sesuatu keputusan untuk memilih aliran bidang, kamu seharusnya kenal pasti dahulu kebolehan dan skill apakah yang ada pada kamu dan boleh membantu atau memudahkan kamu sepanjang sesi pembelajaran. Contohnya seperti skill menulis sesuai dengan bidang penulisan kreatif ataupun kewartawanan dan manakala, skill mengira sesuai dengan accountant.



2) Ketahui cita-cita kamu
Dengan memasang azam untuk mengejar cita-cita ia pasti akan memudahkan kamu untuk memilih aliran manakah yang paling sesuai dengan kamu. Jadi, ketahui dahulu apakah cita-cita kamu sebelum ini, barulah nanti kamu bersemangat untuk menghadapi sesi pembelajaran.


3) Minta pendapat orang yang lebih arif
Jika kamu takut untuk membuat keputusan, apa kata cuba dapatkan nasihat dan pendapat daripada yang lebih arif. Tanya pada mereka aliran bidang yang mana paling sesuai dengan sikap dan caramu. Mana tahu ia akan meringgankan bebanmu sedikit. Siapa tahu ?



4) Senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap bidang
Sekiranya kamu mempunyai beberapa pilihan dan keliru mana satu yang patut di pilih, apa kata kamu senaraikan kelebihan-kelebihan dan kekurangan yang ada di setiap bidang. Sesudah itu, pilihlah bidang yang paling banyak kelebihan daripada kekurangan.



5) Lihat peluang pekerjaan yang ada
Sebelum kamu memilih bidang berkenaan, pastikan peluang pekerjaan kamu selepas tamat pembelajaran terbuka luas dan mudah diterima pakai. Elakkan daripada memilih bidang yang kurang diberi peluang pekerjaan dan elakkan juga daripada memilih bidang yang terlalu menjadi pilihan orang ramai kerana ia akan menyebabkan lambakan graduan yang tidak bekerja.