Skip to main content

TIPS BELAJAR YANG BERKESAN

ASSALAMUALAIKUM 
hye uoll's !
APA KHABAR IMAN ANDA HARI NI ? HARAP IMAN ANDA SEMUA MASIH LAGI SIHAT OKEYY '',
HARI NI AKU NAK KONGSI , CARA-CARA YANG BELAJAR YANG BETUL KEPADA PARA ELAJAR DI SEKOLAH MAHUPUN DI UNIVERSITI :)


TIPS BELAJAR
  
 

1) Sebelum belajar , niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah , sentiasa ingatkan diri , aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu .

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang . Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini , Malaikat akan sentiasa mendoakan kita . Jadi , kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama .

2) Disiplinkan diri .

Setiap kali mahu study , mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi , pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita . Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi .

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur , walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia . Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil , dalam umur 15 tahun . Jadi , ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya , apakah amalan budak perempuan ini .

Ibunya menjawab , saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan , cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran . Setiap kali sebelum belajar , dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran , memang tidak pernah tinggal . Jadi , budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar , kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan ? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan , tetapi dia sentiasa cari jalan .



3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu .

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut , tetapi tetap tidak faham , dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku . Dan yang lebih bahaya , mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik . Akhirnya , kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan .

Jadi , apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu . Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus , mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat . Jika kita seperti ini , sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai .

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting ! Apabila sedang khusyuk study , tiba-tiba azan berkumandang . Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini . Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar . Imam Ghazali ada mengatakan bahawa :

" Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah , di akhirat kelak , dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya . "

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat , ingat kembali , jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak , aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain . Mana kita tahu bukan , kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu . Inilah namanya berkat . Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain .

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar .


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu . Apabila kita ada wudhuk ini , kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar , tiba-tiba azan . Kita tidak tahu dengan wudhuk itu , kita belajar lebih berkat .

.............................................................

Kesimpulannya , selamat beramal . Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata , tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka , ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat , walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara . Mereka lagi sibuk daripada kita , tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran .

Buat pemburu dunia , jangan pula kita memberi alasan , mereka tidak sama macam kita , Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi . Kita tidak sehebat mereka . Andai itulah pemikiran kita , percayalah , selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas .


#SUMBER ILMU DARI FACEBOOK KAWAN 


Comments

  1. good sharingg . patotlaa malam sy takboley nak study . otak berfungsi 20% jee . hihi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa , kan kanss . bila baca tips ni baru phm cara cara study :)

      Delete
  2. wah. bgos tips2 ni. yg penting niat kerna Allah. insyaAllah masuk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul . apa yang penting belajar kerana Allah . hubungan kita dengan Allah sgt penting :)

      Delete

Post a Comment

sila komen plish...!satu pun tak pa...aten tak kesah..^_^

Popular posts from this blog

sedih bila dapat POINTER RENDAH ?

SUMBER INSPIRASI SAYA UNTUK SEMESTER 2 :) thanks kakak 'gadis biasa' sebab anda telah menyedarkan diri saya supaya jangan mudah mengalah dan putus asa dalam belajar . bagus untuk semua student student yang masih lagi belajar kat luar sana . jangan lupa baca cerita inspirasi ni .  TERBAIK from Facebook Page UniMAP Confession !  just for share only .




Assalamualaikum.

saya ada satu kisah inspirasi nak cerita .
saya masuk Unimap dari kolej matrikulasi dengan pngk 2.4 sahaja .

saya fikir memang xde U pun nak terima saya, Alhamdulillah Unimap tawarkan saya dengan kos yang menarik .
saya ni pelajar biasa2 je .
kalau belajar tu, susah sangat nak menghafal . so kalau ada subjek2 menghafal ni , memang saya kena effort lebih untuk menghafal .
semester 1 saya di Unimap , saya dapat pointer 2.6 je . tu pun mak ayah dah happy sebab saya lulus . tapi... jauh di hujung hati saya ni teringin sangat nak 3.0 pointer . yela , dari matriks lagi xpenah dapat 3.0 pointer .
so sem2 , saya cuba lagi .…

HUJAN RAHMAT :)

Assalamualaikum , hye uoll's !  

Today is tuesday , 10/9 

Alhamdulillah Alhamdulillah , sebab dah banyak hari kat kawasan Jitra ni asyik hujan . happy for this ! hujan kan tanda nya RAHMAT :') "hujan rahmat" ok . aku pun bersyukur laa sebap dapat lagi rasa hujan kan kanss . bila hujan turun boleh laaa kita sama sama amalkan doa ketika hujan :) jom sama sama kita amalkan .

 boleh laa kot kita usaha sama sama untuk amalkan doa ni :) mudah je kan ? hihikss . insyaAllah , Allah akan menggantikan dengan pahala yang berlipat ganda pada hambaNYA .


siapakah minah rewang itu ???

hye ! Assalamualaikum :) *jawab salam aten cepat ! dapat pahala . hihi .
oke ! haha . minah rewang apa laa pulak nie aten oii . takdak ka benda len yang "hang" nak sebut . heee . mai laar kita stretching2 dulu pagi2 nie . baru kita baca . haha . 
oke ! first kita lari2 dulu ...