WELCOME TO

Sunday, December 15, 2013

FINAL EXAM

Assalamualaikum wbt ,
tidak ku sangka , sudah nak final exam yoo . sekejap jaa dah nak habeh tahun 2013 . aku rasa macam aku baru ja masuk alam Universiti ni . humm , macam-macam dugaan ada kat Universiti . serious very taff of subject . all subject be killed me . im so worried now . tak tau laaa macam mana nanti nak ambik Master . ni baru Degree . haishhh . perlu kaa aku nak sambung Master lepasni ? rasa- rasa macam tak jaa . sebab aku nak kawen . hehe . malas nak pikiaq dah pasai bab belajaq pasni . setakat Degree pun aku dah tercungap-cungap macam tak cukup oksigen jaa . tambah lagi kalau sambung study lagi lepas ni . Nazak teruih aku . kat Universiti macam-macam bentuk perangai aku jumpak . humm , tapi kawan-kawan aku semua okey jaa . takdak laaa hat tak berapa baguih . buad setakat ni Alhamdulillah , semua masih okey . but I think ... hehe . malas nak bebel kat sini . aku nak ambik masa sat jaa tulis blog ni . oleh sebab exam aku dah dekat . tolong laa doa-doa sama untuk aku yaa :) sebab mendoakan orang lain tu dapat lebih pahala . ganda pahala yaa . insyaAllah , aku akan sentiasa update blog nanti lepas aku habis exam . exam untuk degree kut . bukan UPSR , PMR ka atau SPM dah . huhu . risau aku . tapi aku yakin Allah akan beri jalan untuk orang-orang yang niat ikhlas ni . untuk adik-adik yang baru nak ambik exam UPSR , PMR dengan SPM tu , patut skor untuk exam korang . sebab benda yang korang belajaq semua tu , benda asas jaa . jangan anggap subjek yang korang belajaq tu susah tau . sebab , korang baru di tahap pertama lagi . belum tahap kedua ketiga . tahap kedua ketiga ni macam study degree dengan master dikk oii . so , study hard and study smart . bagi yang dah berjaya , korang perlu ada syukur , sebab korang di beri kejayaan oleh Allah . tak semua orang dapat kejayaan korang tu . so , moral nya kat sini , aku nak semua orang yang masih lagi lanjutkan pelajaran tu , MARILAH KITA SAMA-SAMA BANGKITKAN SEMANGAT untuk BELAJAR ! yeaahhh ! GAMBATEHH and CHAIYOK-CHAIYOK for all students in Malaysian . smile and be strong ,
 Goodluck for your exam :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 13, 2013

PERMULAAN HIDUP AKU DI DUNIA UNIVERSITI


ASSALAMUALAIKUM ,
hye hye uoll's \^.^/
 
bertemu dan berpisah itu semua adalah ketentuan Allah . kita sebagai hamba-Nya perlu laa tima dengan seikhlas ikhlas yang mungkin . walaupun susah untuk kita tima . Allah lah penentu setiap pertemuan dan perpisahan . sungguh aku tak tipu , aku sangat rindu kan kawan-kawan aku kat sekolah rendah , sekolah menengah dan sampailah ke matrik . aku rindu hampa semua \ T.T / walaupun aku dengan hampa tak berapa rapat , tapi aku rindu jugak . aku dulu pendiam ooo . tak macam sekarang , dah semakin ramah tamah dah . dulu time sekolah rendah mahupun menengah aku sangatlah pendiam orang nya . sebab aku malas nak buat publisiti or gosip-gosip murahan orang lain terhadap aku okey . sebab tu aku diamkan diri je . ngeh2 . aku ingat bila aku jadi pendiam ni , takdak laaa orang suka atau minat . tapi ada jugak . isk3 . aku tak berharap pun semua tu . tapi aku buad tak heran jaa dengan semua tu . sampai dapat kad raya dengan surat lagi . haha . tu zaman sekolah aku dulu dulu la . biasalah budak-budak tak bapa matang lagi time tu . tak tipu , aku memang syok jugak laa time dapat tau ada orang minat aku . tapi tak kan aku nak tima terang-terangan kan . kena laaa buad juai mahai sikit . haha . tapi , semua tu cinta monyet jee tau . bukan ye bole pecaya okey . sebab time tu laa hormon kita tengah berubah bagi yang perempuan laa . kalau laki , aku rasa time sekolah semua kebanyakan ya tak bapa matang pun . so , janganlah terlalu ikutkan perasaan sangat nak cuba cuba untuk becinta time masih sekolah lagi . lain laa kalau korang tu anak orang kaya erti kata lain anak kepada dato' or tan sri . bole je la nak terus kawen time sekolah . wakaka ! sebab aku rasa tak sesuai la budak sekolah nak becinta . sebab korang bukannya ada duit pun nak support makwe pakwe korang tu . lain laa kalau pakwe makwe korang tu anak jutawan . hihi . tapi kalau anak jutawan pun , yang jutawan tu bukan ya diorang pun tapi bapak diorang jugak . kalau nak duit kena mintak jugak kan kan ? so tak payah laa fikir pasai cinta sangat . belajar dulu . macam aku , sekarang aku baru rasa nyesai sebab dulu tak nak pulun belajar betul2  time sekolah dulu . rasa rugi bak hang . sebab main-main time belajar kat sekolah dulu . tapi sekarang aku dah insaf okeyy . aku dah semakin matang sekarang . dapat fikir laa yang mana baik yang mana buruk ya . aku bersyukur sebab aku sekarang diberikan rezeki jugak oleh Allah untuk sambung study in degree computer network engineering kat UniMAP . walaupun aku kat matrik dulu pointer tak seberapa mana . aku dapat jugak sambung belajar kat U dekat dengan rumah aku . hehe . Aku kat sini kena belajar berdikari . life's aku kat matrik dengan U ni dah tak sama dah . banyak sangat yang aku kena buad semua sendiri . jangan terlalu ikut perasaan malas . kalau tak terjunam laa ke lembah kemusnahan . wuuuu ~ risau risau . buntu buntu . apa yang perlu buad , kena alert apa yang pensyarah bagi dalam kelas . aku ni dah la suka sangat berangan kekadang tu . muahaha . tapi apa yang penting niat belajar kerana Allah . sebab segala ilmu itu datangnya dari Allah \^^,/ 
jom ikuti perkembangan aku di UniMAP .
aku tau aku ni tak hot pun dalam dunia ni . aku hanyalah insan biasa biasa saja . tapi aku nak cerita jaa kat blog aku ni pasai diri aku sekarang . sekadar memori yang bole di imbas kembali nanti .. hihi . taknak baca , jangan bukak blog aku okey , sebab aku ni jenis syok sendiri jugak . sebab dalam sesetengah entri aku suka tulis tentang hal aku je kekadang tu . haha . orang lain shuhhh shuhh okey :p 




 



 
time ni aku dengan member selangoq aku ni tengah tunggu bas pi WANG ULU . bas takdak masa ni . lambat nak mampuih  \-_-/


 
masa ni aku tengah jalan dengan member-member satu kos dengan aku . kiri nama Dayah kanan pulak Kak Aliaa kehh . baik-baik dan comey belako depa nehh \^.^/
 


jengg jengg ! okeyyy okeyy , aku nak pekenai member aku yang ni pulok laa . nama diberi QURRATUL AIN . just call Ain jee tau . sangat baik dan selamber orang yaa . ceria dan kadang-kadang cepat tersentuh jugok hati dia sebab "dalam hati ada taman" laaa katakan \*,*/ hikhokkk . kalau nak tau Ain ney pemblogger jugak . kalau anda anda rasa anda kiut comel segak , silalah jemput ke blog Ain ni > http://aizuldizalfy.blogspot.com/
dia sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda semua . hehe



 






 
 sila jangan renung lama-lama gambar kaat ataih ni kehh , oleh kerna muka meroyan aku ter'interframe sekali dalam gambar ataih ni . haha



 
 okeyyy STOP jap ! i rasa i perlu kenalkan depa depa ni jugak . hehe . kalau nak kenai gadis-gadis comel di sebelah belakang aku ni , kenalah beri satu komen kat entri ni . bole laa aku tolong ejas kan untuk hampa >.< rasa-rasanya dua dua masih SINGLE kot . Gadis specky sebelah aku ni kalau hampa tak kenai terokk sangat-sangat laa . sebab dia pernah belakon dalam cerita Ombak Rindu ooo . nama diberi Izzah . orang panggil dia Izzah Ombak Rindu kehh . yang belakang tinggi tu , nama dia Izzati . aku sangat jeles tengok dia , sebab dia sangat kuruih . huhu . aku nak kuruih jugakk Zatiiii ..



 
 okey - okey . lastly , ni laaa member rapat aku selama aku kat UniMAP ni . dari mula aku masuk sampai lah sekarang . nama diberi Faizah binti Mokhtar . aku sangat rindu dia sekarang . sebab dia orang Key Ellss tauu . hari tu dia balik Selangor naik train . aku jeleesss \T.T/  nanak naik train jugakk !! *jerit jerit sambil buad muka terok* HAHA . tapi hang nak pi mana Atenn ?? :P haha . sabar tauu . nanti aku try semua transport yang ada termasuklah flight . Hihi . teringinn laa nak naik semua tu . rumah aku kan dekat je dengan UniMAP . transpot idola aku selama aku hidup ni pun BAS je laaa . huhu . tu jaaa yang mampu . sebab murah dan senang untuk naik . haha .


untuk kesekian kali nyaa , aku harap aku akan berjaya dalam bidang yang aku ceburi di BUMI PERLIS ni . dan doakan kejayaan kita bersama yaa kawan-kawan . apa yang penting niat mau ada . InsyaAllah Allah membantu . SEMOGA MAJU JAYA semuaa ! hikhokkk !


 im officially in UniMAP now :)

p/s : bagi sesiapa yang belum lagi ada rezeki untuk belajar , mintalah doa yang banyak dan selalu berdoa kepada Allah . kerana setiap rezeki yang ada di muka bumi ini semua nya milik Allah . jangan cepat mengalah dengan kegagalan yang kita hadapi tapi bangkit kan semangat untuk berjaya lagi tau . 
Fighting-fighting !! 

Jazakumullah khairan katsiraa and thanks for reading ! \^,^/



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, September 14, 2013

TIPS BELAJAR YANG BERKESAN

ASSALAMUALAIKUM 
hye uoll's !
APA KHABAR IMAN ANDA HARI NI ? HARAP IMAN ANDA SEMUA MASIH LAGI SIHAT OKEYY '',
HARI NI AKU NAK KONGSI , CARA-CARA YANG BELAJAR YANG BETUL KEPADA PARA ELAJAR DI SEKOLAH MAHUPUN DI UNIVERSITI :)


TIPS BELAJAR
  
 

1) Sebelum belajar , niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah , sentiasa ingatkan diri , aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu .

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang . Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini , Malaikat akan sentiasa mendoakan kita . Jadi , kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama .

2) Disiplinkan diri .

Setiap kali mahu study , mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi , pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita . Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi .

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur , walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia . Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil , dalam umur 15 tahun . Jadi , ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya , apakah amalan budak perempuan ini .

Ibunya menjawab , saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan , cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran . Setiap kali sebelum belajar , dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran , memang tidak pernah tinggal . Jadi , budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar , kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan ? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan , tetapi dia sentiasa cari jalan .



3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu .

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut , tetapi tetap tidak faham , dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku . Dan yang lebih bahaya , mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik . Akhirnya , kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan .

Jadi , apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu . Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus , mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat . Jika kita seperti ini , sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai .

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting ! Apabila sedang khusyuk study , tiba-tiba azan berkumandang . Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini . Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar . Imam Ghazali ada mengatakan bahawa :

" Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah , di akhirat kelak , dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya . "

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat , ingat kembali , jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak , aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain . Mana kita tahu bukan , kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu . Inilah namanya berkat . Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain .

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar .


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu . Apabila kita ada wudhuk ini , kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar , tiba-tiba azan . Kita tidak tahu dengan wudhuk itu , kita belajar lebih berkat .

.............................................................

Kesimpulannya , selamat beramal . Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata , tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka , ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat , walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara . Mereka lagi sibuk daripada kita , tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran .

Buat pemburu dunia , jangan pula kita memberi alasan , mereka tidak sama macam kita , Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi . Kita tidak sehebat mereka . Andai itulah pemikiran kita , percayalah , selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas .


#SUMBER ILMU DARI FACEBOOK KAWAN 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, September 12, 2013

Ada Apa dengan Gembira ?



ASSALAMUALAIKUM ,
hye uolls ! 

apa khabar dengan iman iman anda hari ni ?
 harap2 semuanya baik2 okey:)

hari ni aku nak kongsi ilmu laa bagaimana cara yang terbaik untuk membuat hidup dan hari hari anda sentiasa gembira dan tenang . insyaAllah , dengan sedikit ilmu ni . anda semua akan berhasil merubah hidup anda yang dulu gelisah , muram , sedih menjadi gembira . insyaAllah . sebab aku pun terbaca tips tips ni di laman Iluv Islam.com . dan aku sudah pun mencuba nya . Alhamdulillah , setiap hari hari aku sekarang . dah semakin ceria dan happy2 . HEHE . THANKS kepada penulis2 karya di Iluv Islam , banyak sangat motivasi di laman tu . baik untuk semua umat Islam . kenapa ? tak pecaya ? nanti try search okey ? :) 
p/s : tak membazir masa pun tau baca bahan2 ilmiah ni !:)

 

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:


1. Bersyukur 
aku bersyukur sesangat sebab aku bangun pagi , masih lagi diberi oksigen dan udara untuk bernafas . bersyukur dalam banyak benda . Allah masih lagi kurniakan kita tubuh badan yang lengkap dengan mata untuk melihat keindahan alam yang cantik dan melihat perkara2 yang baik , hidung untuk menghidu bau bau makan , mulut untuk bercakap , tangan untuk melakukan perkara2 yang mengikut perintah Allah , kaki untuk ke masjid atau ke tempat2 majlis ilmu dan organ2 dalaman yang masih lagi berfungsi dengan baik sekali :) TAHNIAH kepada semua ! sebab masih dikurniakan semua itu :)


2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat. contohnya , aku memilih Prof Dr Muhaya bt Mohamad sebagai idola aku sekarang . tu pun semenjak aku down sangat2 dalam pelajaran . tak ada semangat untuk sambung belajar lagi . akibat kegagalan dalam pelajaran :') disebabkan aku selalu sangat dengar banyak nasihat dan motivasi beliau di laman facebook , twitter dan youtube :) aku sekarang dah semakin happy ! dah ada semangat belajar ! :'D oleh itu , daripada menonton2 perkara2 yang tak membawa faedah tu . kan lebih elok lagi jika anda bukak laman motivasi2 yang ada di internet tu . insyaAllah , akan mendapat manfaat yang sangat banyak darinya .


4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.


5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
cakap pada diri anda setiap hari , apa yang mahu anda capai setiap hari ? anda boleh senaraikan semua perkara yang ingin anda capai itu pada cermin almari solek ka , pada papan tulis ka , or some place yang sesuai okey :) setiap malam sebelum tidoq , boleh lah muhasabah diri balek . katakan pada diri anda , AKU MAHU BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK !


6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.





P/S : jika aku mampu buad semua benda ni , insyaAllah anda pun mesti lagi bolehh ! :) semoga hidup anda semua akan lebih ceria dan gembira selalu ya lepas ni . hihi . betapa beruntungnya jika kita dapat kecapi apa itu nikmat kegembiraan yang sebenar-benarnya .





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, September 09, 2013

HUJAN RAHMAT :)

Assalamualaikum ,
hye uoll's !  

Today is tuesday , 10/9 

Alhamdulillah Alhamdulillah , sebab dah banyak hari kat kawasan Jitra ni asyik hujan . happy for this ! hujan kan tanda nya RAHMAT :') "hujan rahmat" ok . aku pun bersyukur laa sebap dapat lagi rasa hujan kan kanss . bila hujan turun boleh laaa kita sama sama amalkan doa ketika hujan :) jom sama sama kita amalkan .

 boleh laa kot kita usaha sama sama untuk amalkan doa ni :) mudah je kan ? hihikss . insyaAllah , Allah akan menggantikan dengan pahala yang berlipat ganda pada hambaNYA .


 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, August 18, 2013

CIKGU FATEN ? InsyaAllah .

Assalamualaikum ,

hyee uolls ! ! 

aku harap hampa semua sehad la noh . aku hari ni Alhamdulillah la free gila tahap . dah tak sibuk dah macam dulu . aku ilekss je sekarang . hehe . nak tau dak selama ni aku menghilangkan diri ke mana ?? jeng jengg ! aku tak pi mana pun . aku cuma mencari pengalaman je bak kata orang " JAUH PERJALANAN , BANYAK PENGALAMAN " . hehe . betoi dak ? kalau tak pecaya nanti pergi la berjalan jauh - jauh . mungkin nanti hampa akan tau . aku sekarang dah TAMAT belajar dah kat KOLEJ MATRIKULASI KEDAH . aku dah habes study kat sana selama setahun . dan selama setahun tu jugak la , macam macam aku dapat kat sana . pelbagai orang aku jumpak . ada yang baik ada yang pandai . dan JODOH pun aku jumpak kat sana . bhahaha . insyaAllah , satu hari nanti aku akan , kenal kenal kan insan yang aku cintai tu kat hampa :) tunggu okehhh ! hehe . apa yang aku mampu bagitau , aku dah tak sabaq nak kawen oiii . serius :') tapi apa apa pun , aku kena tunggu laa kan . belom sampai seru lagi kot . mungkin dua tiga empat tahun lagi . Amin . heheh . sekarang ingat nak belajar dulu laa kanss . masih jauh lagi perjalanan hidup aku ni . macam macam kena aku tempuh . okehh , selesai bab kawen . haha . 

sekarang motip aku on lappy on blog ni adalah berkongsi pengalaman aku bekerja sebagai cikgu tadika :) 


TADIKA KOSMOS BESTARI 
TAMAN CERMAI 
JITRA , KEDAH

 
 
 
ANAK MURID AKU YANG COMEL'S COMEL'S 

 
OOI YONG ZHENG 
#budak kiutt . muka bolattss macam bolaa . aku suka picit pipi dia .
 gerammmm tengokkk . hahaha .



 
PUTERI NUR IRDINA , 
#budak pendiam pemalu giloss bila dalam kelas . huhu

 

 
DHIA ARISSA
satu satunya budak melayu perempuan yang ramah dalam kelas . 
jenuh layan  ==' 


 
 


 
LIM JIAYI
satu satunya anak cina perempuan yang pandai nyayi kat tadika tu .
 wuuuuu ~~~  HAHA
#budak ni saja ja buad gaya orang cacat , tapi dia tak cacat puns . 
tapi aktif kuat teriyak , comel :D HAHA


aku jadi cikgu ?? OMAIGOD ! OMAIGOD ! bhaha . nak pecaya ke tak , tu masalah hampa la noh . aku tak amek kesah pun . hehe . btw dah tiga bulan aku bekerja :") Alhamdulillah , Ya Allah ..  pelbagai suka dan duka yang ada . aku pun macam tak sangka aku kerja lama jugak kat sana . hew hew . aku kerja kat Tadika Kosmos Bestari tu sebagai seorang cikgu BM . mengajar bahasa je puns . senang je . macam kacang goreng je kanss . tapi hakikat ya tak weh . sebab aku kena ajar anak anak cina . dekat tadika tu mostly semua nya budak budak cina . budak melayu ada 10 orang camtu je . sebab tadika ni , tadika cina . selepas diorang habes je belajar umur 6 tahun , diorang akan terus masuk sekolah cina . nama sekolah tu SKJ CHUNG HWA . sebab tu la aku kata agak susah la . tapi bila dah lama mengajar , aku rasa anak anak cina lebih cerdik lagi berbanding anak anak melayu . anak melayu kurang sikit la . huhu . agak sedih laa . tapi bagi aku , aku dah bagi pembelajaran yang secukupnya kat diorang . student's india tak ada lansung kat tadika ni . just budak budak melayu dengan cina je . yang paling lawak sekali kan kan , firstly aku pergi sana . aku tak pernah paham daan tak pernah belajar pun bahasa cina . tapi bila aku dah bekerja lama kat sana . macam macam ayat cina aku reti weh . aku macam tak sangka . haha . dapat jugak aku belajar serba serbi ayat cina . hehe . belajar free pulok tu . bukan gaduh bayar yuran puns . wakaka ! yang best ye aku bukan belajar kat cikgu cikgu tadika situ , tapi student's aku yang ajar kan :') huhu . walaupun diorang kecik kecik lagi , tapi diorang pandai . cepat faham  apa yang aku ajar . ada student cina yang fasih cakap melayu pun ada . hebat jugak anak cina ni . aku bukan nak bangga kan anak cina . tapi bagi aku , diorang memang cepat dapat apa yang aku ajar bila dalam kelas . aku teharu bila diorang panggil aku cikgu Faten :') aku rasa macam bermakna sangat panggilan tu . panggilan tu membuat aku jadi semangat untuk aku kejar cita cita aku nak jadi seorang pendidik :D dulu aku merasakan jadi cikgu ni susah payah laa apa . tapi bila aku dah kerja ni , aku dapat paham serba sikit la cara yang betul kalau nak mengajar . supaya diorang jadi minat dan nak belajar dan trus belajar . walaupun pengalaman ni sekejap , tapi sangat sangat bemakna buad diri aku . aku rasa aku nak kejar cita cita aku . nak jadi pendidik . nak dapat PAHALA :") betapa besar ye pahala , jika kita dapat mencurahkan ilmu ilmu yang berguna kat orang . supaya ilmu tu menjadi panduan untuk kehidupan anak anak bangsa sekarang ni . terlalu banyak anak anak melayu sekarang dah lalai dengan kenikmatan dunia . anak anak melayu sekarang tak dengar cakap ibu bapa dan guru mereka . terlalu ramai :'( dan pelbagai masalah sosial yang berleluasa di dunia ni . terutamanya , di Malaysia . negara yang sangat membangun pesat sekarang . macam macam masalah sosial berlaku , pembuangan bayi lah . maksiat belungguk lungguk :'( sedihkan ? tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab , marilah kita berubah untuk anak anak bangsa melayu kita jugak . menegakkan agama Islam kita yang semakin di khianati oleh orang orang Yahudi Laknatullah .  AYUHHH ! :) SEMOGA SEGALA USAHA KITA SELAMA NI , AKAN MENJADI SAKSI DI HADAPAN ALLAH NANTI :")
 prays for EGYPT !

 


 

P/S : hanya kita lah yang mampu menilai yang mana buruk atau yang mana baik :) InsyaAllah , Allah selalu ada . orang2 agama Islam akan tetap di lindungi :')





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, July 11, 2013

TAHUN MELAWAT KELANTAN

Assalamualaikum ,
Aku kat sini nak share lah kat uolls semua , kisah percutian aku selama dua hari satu malam di negeri yang sangat titik beratkan budaya Islam , KELANTAN . First time , aku sampai kat sana , aku banyak perhatikan sekeliling . dan sepanjang perjalanan tuh jugak aku dapat perhatikan , setiap banner kedai atau signboard kedai yang ada mesti ada tulisan jawi . sangat teruja , sebab apa yang aku lihat dan perhatikan . kawasan KEDAH tak ada pun macam Kelantan . walaupun aku neh , anak jati KEDAH . aku tetap nak kata , sejujurnya aku suka sangat tengok negeri Kelantan . sebab penuh keislaman . speechless jugakk laa . haha . ekceli , negeri Kelantan itu negeri bawah taklukan PAS . so , tak mustahil lah kan negeri dia pun menitik beratkan keislaman . bagi aku , Kelantan tak lah nampak membangun sangat negeri dia . tapi dari segi agama Islam , nampak jelas sangat membangun . btw , banyak lagi yang aku nak kongsi cerita , tapi kali neh semua perkongsian dari segi gambar gambar . heheh . aku banyak jugak laa snap gambar kat sana  . macam macam ada :) 

GOMO KELATE GOMO !



masa nehh aku bergambar dekat atas puncak BANJARAN TITIWANGSA :)
 
 my beloved dad :)


nama dia EZALY EMAN :) 
#budak darjah tiga merangkap kepada anak jiran aku .
* kalau aku kata dia adik aku , hampa caya dak ? HAHA . *



Ninndiaaaa ! 
aku ka neh ? awad nampak gemokk ? uaarghhh ! =='
HAHA




JALAN JALAN DI PANTAI CAHAYA BULAN a.k.a P.C.B :)


# JADIK PROMOTER SAT =='
Ingat nak menginap kat Resort P.C.B tapi dah ada orang booking . so , tak merasa lah tidoq tepi pantai ==' heww






 
mak dan ayah aku sweet kan kan ^_^ 
*BILA LAH AKU BOLEH SWEET MACAM DEPA , teringin -_- 
haha 



 neh minah sengeett , nampak dak muka dia excited ? 
*QENYIH sampai nampak pipi tembam dia -_- haha





 Nampak dak aku kat mana ? haha 
#biru itu tenang , setenang pantai yang ada :)




 
MUKA HAPPY :)
sebab ni lah kali pertama aku dapat jejak kaki ke negeri Kelate ni




 







 




 
wajahku nampak tenang ,
 setenang warna baju yang aku pakai , BIRU . cewwaah !







 
muka paling poyo time neh , dengan peace di tangan . wuuu ~




Melawat Cik Minah Songket 
  



 






 




 



 
benang untuk tenun songket




 



 
MESIN GULUNG BENANG 
 #ala ala kincir angin bentuk dia kan :)
 
















 




 




 




#kebanyakan nya yang menenun songket kat sini , semua nya orang tua yang berumur 40 tahun ke atas , hebat kan depa :)

 





 




 




 



 










 




 







 SERUNDING KG. LAUT 

nindia rupa serunding sebelum di tumis dalam belanga atau mesin




belanga serunding









 
Eksyeen jaa lebih nehh -_-





 
mesin buad serunding , kaedah cepat dan mudah :)



 
mak aku amek alih , kacau belanga berisi serunding :)





MASA UNTUK CHECK OUT DARI HOTEL 

*MGU FIRDAUS HOTEL*
#KOTA BHARU , KELANTAN
 
AYAH aku pun nak jugak amek gambar -_-




gambar budak cheewi -_- haha




THANKSS FOR READING ! ^_^



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen