WELCOME TO

Saturday, May 19, 2012

wasiat dari mak aten :)


Assalamualaikum ,
dan apa khabar dengan IMAN IMAN korang korang semua hari nie ?
# aten harap iman iman korang semua sekarang , semakin bertambah tambah . hehe .

dan akhir yaa , aten update jugak blog nie . huhu . aten tau mesti ampa rindu kat aten puyaa . kahkah (!) #perasan yew (==')
# maaf gila (!) sebab aten terpaksa dan dipaksa jugak meng'update blog nie . haha .
mak aten , suruh aten update jugak peringatan nie . sebab semua nie penting gila dan penting sangat dalam kehidupan aten dan ampa semua :) aten harap ampa semua dapat baca sampai perabeh(habis) naah (!)

soalan cepu tak cemas :
bagaimana cara untuk kita mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat dan diredhoi 100% oleh Allah ?

mak aten bagi pesanan  : (jawapan)

anak kunci untuk mendapatkan KEJAYAAN dalam hidup :

* anak kunci bagi HAJI ialah IHRAM 
* anak kunci bagi KEBAIKAN adalah SEDEKAH 
* anak kunci bagi REZEKI ialah SOLAT 
* anak kunci bagi SYURGA ialah TAUHID
 ( mengESAkan ALLAH )

selain dari itu ,

anak kunci bagi ILMU ada dua :

1 . banyakkan tanya soalan yang baik dan bersopan apabila bertanya .
2 . beri perhatian pada apa yang kita belajar .


seterusnya ,

anak kunci bagi KEJAYAAN ialah SABAR .

anak kunci untuk mendapatkan pertambahan dalam NIKMAT ialah BERSYUKUR .

anak kunci bagi mendapatkan KEWALIAAN(mendapat kecintaan dari Allah)ialah BERZIKIR dan sentiasa INGAT PADA ALLAH .

anak kunci bagi TAKWA ialah KEBAIKAN .

anak kunci untuk mendapatkan TAUFIK (sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik) daripada Allah ialah BERMINAT dan GEMAR untuk membuat kebaikan

 

anak kunci bagi mendapatkan KEINGINAN (kehendak) ialah DOA .

anak kunci untuk menjadi ZUHUD(tak berapa cintakan dunia) ialah GEMAR kepada urusan akhirat .

anak kunci bagi menambahkan IMAN ialah BERFIKIR apa yang dicipta dan dijadikan oleh Allah .


anak kunci untuk masuk ke dalam HADRAT ALLAH (dalam ilmu Allah) ada 2 :

1 . serah hati kita bulat bulat pada Allah 
2 . ikhlas dalam setiap keadaan sama ada semasa marah ataupun sayang .


anak kunci untuk menghidupkan hati yang telah mati :

1 . berusaha untuk mentadabbbur(mengkaji dan faham) apa yang diperintahkan di dalam al-Quran .
2 . merendah diri dan menghina diri di depan Allah ketika waktu sebelum masuk subuh
(1 pertiga malam )
3 . meninggalkan segala dosa .

anak kunci untuk mendapatkan curahan rahmat dari Allah ialah berbuat baik dan IHSAN(kasih sayang) kepada Allah dan berusaha menolong semua makhluk yang ada di dunia tak kira binatang ataupun manusia .



anak kunci untuk mendapatkan rezeki yang LUAS ialah berusaha dan sentiasa berkata :

 "ASTAGHFIRULLAHALAZIM "


anak kunci bagi mendapatkan KEMULIAAN ialah TAAT .

dan akhir sekali :

anak kunci bagi KEJAHATAN ialah CINTAKAN DUNIA dan PANJANG ANGAN ANGAN . (negatif)



kesimpulan :
kata Saidina Ali Karamah Wajhah : " rezeki itu ialah ia (rezeki) pergi cari kita . bukan kita cari dia . tidak kira masa sama ada hari ini , esok , lusa dan lain lain masa . " 

 # rezeki itu terlalu luas maknanya (terlalu abstrak)
ia berbentuk Harta , Ketenangan , Kesihatan , Keharmonian , Kejayaan dan lain lain .

p/s : maka yang baik itu datang daripada Allah , dan yang buruk itu datang daripada kelemahan dan kekurangan aten sendiri .  aten hanya mampu menulis dan korang yang perlu memilih untuk berubah ataupun terus dengan sikap yang buruk tue .

dan INGATLAH wahai umat umat Islam sekalian (!) 


IHFAZILLAH YAHFAZKA ,
IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK .
 " jagalah Allah , nescaya Allah menjagamu "

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen