WELCOME TO

Saturday, March 03, 2012

jujur aku sayang mak !

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
 
Anak : Sebab saya anak mak kan?
 
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
 
Anak : Apa tu mak?
 
Mak : Kerana , boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti..
 
Anak : Mak! Janganlah...
 
Mak : Jadi anak soleh yaa nak ..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta dan kasih sayang )
SURAT CINTA UNTUK MAK :)
 KATA HATI SEORANG INSAN YANG BERGELAR ANAK :
Aten tersentuh sangat2 bila terbaca perbualan yang ada kat atas tue . aten nak korang semua baca dan faham apa yang tersirat dan tersurat dengan perbualan tue . yang aten faham tentang perbualan tue , seorang mak meminta kepada seorang anak untuk berdoa kepada dia bila dia dah meninggal dunia nanti . supaya doa anak yang solehah dan soleh akan dapat menyelamatkan dia dari segala siksaan azab kubur . cuba korang bayangkan mak yang korang sayang tue seorang ibu yang baik dan sangat2 bertakwa kepada Allah . tetapi bila mereka meninggal , mereka tetap mendapat azab (dipukui dan disebat berkali2) oleh Allah S.W.T  kerana mempunyai anak2 yang tidak menutup aurat mereka dengan sempurna . contohnya , memakai tudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek . masih menampakkan tangan mereka . seperti yang kita perlu tahu menutup aurat yang sebetulnya tue perlulah hanya menampakkan muka dan telapak tangan saja bagi seorang wanita itu . nie yang masih kita lihat ramai yang tidak mementingkan pemakaian yang sempurna seperti mana yang diajar oleh agama kita . herm , tujuan aten tulis kat blog nie semata-mata sebab hari nie hari lahir mak aten . seperti yang korang tao , aten nie menanggur . takdak duit . nak beli hadiah mahai2 pon tak boleh . huhu . yang mampu aten buat pon hanya wish " selamat hari lahir mak " . sedihkan :'( macam sebelum nie aten masih boleh lagi beli , tue pon sebab aten ada duit poket pergi asrama . nie apakan daya . huhu . dah tak sekolah dah . masih menunggu keputusan SPM . aten risau lar , macam2 dah mak aten mintak . dan mak aten sangat2 berharap keputusan aten nie adalah yang terbaik . waaaaaaa ! takot2 . huhu . berdoa dan tawakal jea yang aten mampu . aten takot untuk menghadapi hari2 besok . sebab hari2 besok tue akan menentukan masa depan aten sama ada berjaya atau tak . aten harap2 hari2 besok adalah hari2 yang terbaik untuk aten sendiri . herm .. korang perlu tao , nilai seorang ibu tue sangat2 berharga . cuba korang bayangkan ibu yang korang sayang tue , dah meninggal dunia besok . apa yang korang nak buat ? huhu . tak akan ada lagi yang mampu menggantikan ibu . sebab kalao takdak ibu , sapa lah kita . nak membesaq pon payah . sapa yang nak pujuk kita bila kita sedih . ? bukan mak jugak ka .. bagi aten , mak aten sangat2 berharga . kalao mak takdak aten nak mengadu sedih gembira semua2 tue kat sapa . takdak orang lar nak dengaq . huhu . aten dah lar sowang2 . takdak kawan . kawan dengan ibu sangat berbeza . kawan2 hanya mampu mengembirakan kita saja . tapi kalao ibu ? macam2 . semua nya ibu . ibu .. ibu .. ibu ... takdak nak kata kawan .. kawan .. kawan .. sebab kawan boleh dicarik . tapi ibu ? hanya satu jaa dalam dunia nie . tak boleh dicarik tapi hanya boleh dimiliki jika dihargai . (^^) tapi yang berlaku sekarang , seorang anak tak balek lansung berjumpak mak dan ayah mereka . kerana terlalu mementingkan perasaan isteri daripada perasaan mak yaa sendiri . cuba korang bayangkan . walaupun anak buat macam tue kat mak . seorang mak tue tetap berdoa agar anaknya terbuka hati untuk menemui nya . hati mak terlalu lembut dan mak terlalu sayang kepada anak . walaupun anak berbuat demikian . aten harap mereka2 yang berbuat demikian , dapat terbuka hati untuk berubah . kerana ia akan membuat kita menjadi seorang anak yang derhaka . so , bagi sesapa yang masih belum berubah ? berubahlah dari sekarang . kerana Allah masih memberi kita peluang untuk berbakti kepada mak dan ayah kita . aten sedih . sebab takdak hadiah untuk mak . tapi aten hanya dapat berdoa untuk mak . supaya tenang hidup didunia dan diakhirat . dan supaya kejayaan sentiasa mengiringi anak2mu . dan jangan malu untuk katakan bahawa " saya sayang mak !! " kepada mak kita . kerana masih belum terlambat . wasalam . 
 posted by insanyangbergelaranak .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen