WELCOME TO

Monday, February 20, 2012

mahukah anda menjadi seorang wanita solehah . ? (^^)

Wanita solehah itu aurat dijaga ,
Pergaulan dipagari ,
Sifat malu pengikat diri ,
Seindah hiasan di dunia ini .

Keayuan wanita solehah itu ,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya ,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin ,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah , memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali ,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain ,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama .

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya ,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai .

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman ,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi ,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu ,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu ,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada ,
Serta berusaha demi keluarga , bangsa dan agama .
p/s : ayat dia best sangat ! aten suka . banyak makna disebalik kata2 kat atas nie :)
 
 terima kasih kat kawan facebook aten nie . sebab bagi izin aten copy and paste kat blog nie (^^) thankss friend  ! !
 
aten teringin nak menjadi seorang wanita solehah . . tapi apakan daya . huhu . maybe satu hari nanti aten nak jugak berusaha untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk seorang suami yang baik .insyaAllah . amin . (^^) doa doakan lah yaa :) 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen