WELCOME TO

Monday, February 13, 2012

LESEN P

hye ! assalamualaikum . 
hari nie aten nak cerita pasai sebuah kisah . tapi tidak ada mengena antara hidup dan mati seseorang oke ! hehe :] enjoys E[ :

HAHA ! MAAP YAA ! NTAH SAPA PUYA LESEN P LAR NIE . ATEN TAO AMEK JEA KAT GOOGLE TUE :P


Cerita ini benar-benar berlaku . Kisahnya begini … seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal . Jadi , mengikut undang-undang , stiker berhuruf “P” hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor . Pak cik tu tunggang motosikal. Ada laar police road block …


Polis : “P” mana pakcik ?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah) .
Polis : Pak cik nak bergurau pulak . “P” mana pak cik ?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging) .
Polis : Amboi , main-main pulak pakcik (tersengih) . Pak Cik, “P” mana ?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya . Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq . Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah) .
Polis : Pi pi pi pi lah … nyusahkan aje . (fedup !)
Pak Cik : kan mudah camtu … haha . (pakcik tue gelak best ! )


p/s : kalao korang nak bercakap dengan orang mestilah bercakap dengan terang dan jelas . jangan lar salahkan orang tue pulak kalao korang tanya lain dia jawab lain . paham ke tidak nie ?? ta paham lagi . pandai2 lar korang pikirkan sendiri yaaa . hehe :]

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen