WELCOME TO

Friday, February 10, 2012

jangan gelakkan orang !

hye ! assalamualaikum .
hari nie aten nak cerita pasai satu kisah 3 orang sahabat baik > Amin , Bakar dan Husin sangat berkawan rapat . dan nak dijadikan cerita , pada suatu hari ...

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen . Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal .

Bakar : (Sambil ketawa tanpa simpati) . Amin , lawanya ‘stokin’ kau . Beli kat mana ? Hahaha …

Husin : (Turut ketawakan Amin) . haaa betoi la , besar lak tuh . Boleh masuk 2 kaki sekali . Kahkahkah …

Amin : (Dengan muka sedih) . Aku jatuh motor lah .

Bakar : Tu la … Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor .. Hahaha…  (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin : Tapi , aku jatuh pakai motor kau , Bakar…

Bakar : Tidak!!!.. TZM aku .. Kau kejam, Amin . (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya .

 Amin : Lepas tu pulak kan…

Husin : Ha ah.. ( sambil gelak…)

Amin : Aku terlanggar pulak awek kau , Rosnah . Sekarang tengah ICU kat hospital .

Husin : Tidak!!!… Awek aku ..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral : Jangan gelakkan orang . mungkin sesuatu yang korang gelakkan itu akan berlaku kepada korang balik  . tak ke nak menyesal pulak lepas tue . hoho . bagi sesiapa yang suka atau menjadikan gelakkan orang tue sebagai hobi korang , insaf2 lar . sebelum korang menyesal dah tak berguna lagi . dan jaga lar sahabat2 korang dengan baik . bantulah sahabat2 korang yang dalam kesusahan dan bukannya menambahkan sakit dihati mereka . kerana seseorang sahabat itu amat diperlukan dalam apa jua keadaan pun adakala ketika gembira ataupun sedih . jangan hanya berkawan dikala senang dan gembira saja . bila susah korang lupakan pulak . tue bukan sahabat tapi kawan biasa .jika korang mahu kenali adakah dia seorang sahabat atau bukan . korang lihat dan tengok lah ketika korang sedang susah dan perlukan pertolongan adakah dia yang datang membantu ? kalau tak , dia bukan sahabat yang baik untuk korang .hoho . fikir2 kan dan selamat berubah untuk kebaikan korang dan sahabat yang korang ada . hoho . sekian dari aten . :]




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen