WELCOME TO

Saturday, December 17, 2011

daftar LESEN suda...so,get ready 4 test ! ^_^

mula3...aku buka google...try la search belajar memandu.n then kuar web spa ntah...men terjah jea aku ni..arggghhh ! kre pa..jnji aku bule belajar cara3 nak memandu...hehe!<amat penting tu > jum2 aku gtao apa yang aku belajar kat website tdi.........^_^
<!--more-->
Para pelajar diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang berkomputer, belajar dan semasa ujian JPJ.
Oleh itu, para pelajar hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah:
Lelaki:
  1. Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat atau yang mempunyai motif negatif tidak dibenarkan.
  2. Memakai seluar panjang
  3. Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar
  4. Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang)
  5. Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan .
Perempuan:
  1. Baju kurung, kemeja berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung.
  2. Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut.
  3. Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan.
  4. Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan.         

    AWAS!Teknik Belajar Motosikal!Jaga2 ada owang tgok...^_^

          

    Teknik Ujian Pusingan 8:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Membuat satu setengah pusingan
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

     Teknik Meniti Di Atas Papan:

    1. Roda tidak keluar dari papan
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal
    4. Tidak kurang dari 7 saat.

      Teknik Menunggang Di Antara Kon:

    1. Tidak Melanggar kon
    2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

     Teknik Brek Kecemasan:

    1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
    2. Membrek di dalam kotak
    3. Tidak melebihi garisan berhenti
    4. Menggunakan brek kaki dan tangan

    Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
    4. Berhenti di garisan berhenti

    Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

    1. Menggunakan topi keledar dengan betul
    2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
    3. Nyalakan lampu hadapan
    4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
    5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
    6. Memberi isyarat dengan betul
    7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
    8. Penggunaan gear yang sesuai
    9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
    10. Memandu disebelah kiri
    11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
    12. Kaki tidak mencecah jalan
    13. Tidak melanggar benteng
    14. Tidak jatuh dari motosikal
    15. Tidak terlibat dalam kemalangan                  <sekian, harap maklum> ^_^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen