WELCOME TO

Tuesday, July 07, 2015

JULAI2015- Alhamdulillah.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
 
Bismillahirahmanirahim , Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . masih diberi peluang lagi buat aku untuk mencipta entry baruu ! yeayy ! wahaha ! happy bagai nak gila , haa jiwa ku membara bara . heh tudiaa ayat . pun takpa janji bahagia . kikiii . aku tengah bercuti cuti sekarang . almaklum laa dah berjaya menamatkan pengajian sebagai pelajar tahun 2 kat Peghelihh nuh . Alhamdulillah percaya tak kupercaya kan nya aku dah seniorita sekarang . dah melangkah ke tahun 3 dah . wuuuuu . bangga sat sebab dah jadi seniorita . hoho . dulu dulu masa sekolah pun dah pernah rasa . tapi perasaan yang berlainan laa aku rasa . berbeza sangat . jadi senior masa sekolah dengan masa universiti ni . sebab kat universiti tak banyak masa pun nak ambik tahu hal hal junior junior then tak pernah nak ada sesi kenal perkenalan antara kami pun . kann . haha . lain sangat dengan kat sekolah dulu , junior akan automatik kenal senior senior . biasalah , junior pastinya kena hormat kat senior . kalau tak siap lah . tocherr laa akibatnya . kahh ! aku pernah buat , aku tau lah . kikiii. sokmo kejam dulu . tapi tu pun atas sebab nak jaga batch batch junior bagi elok sikit perangai . kalau tak , jadi hantu atau buaya laa -nanasheme . hahaha . sekarang hidup aku makin lama makin banyak ujian yang nak kena hadap . tambah tambah kat universiti . makin nak habis belajar lagi makin payah . banyak nya haiiihh assignment , projek projek , test lah and final exam sangat sangat susah bagi aku . susah nak bawak . sebab kos yang aku ambik pun kos lelaki ' haha . kos lelaki ? nak tau sebab pa aku cakap kos lelaki ? sebab kos ni lelaki jaa hat yang ramai ambik . kalau nak belajaq sambil mencari jodoh , boleh lah mintak kos kos yang berkaitan dengan engineering nihh noh . senang laa sambil sambil menyelam telan ayaq sampai tersedak . kikiii . tapi bukan aku . orang yang dah terdesak sangat tu boleh lah . aku malas lagi nak pikir hal hal lelaki nii . bukan ku tak mahu , tapi ku tak rela dan ku tak bersedia . haha . yang pasti habis belajar baru kahwin kalau ada jodoh =,= kalau tak , aku makan nasik minyak nasik margerin kawan kawan aku dulu laa . haha. 
 
baru baru nii , dalam bulan ramadhan jugak . aku dikejutkan dengan berita pemergiannya seorang jurulatih pertahanan awam yang sangat aku hormati. agak terkilan jugak bila tau tentang ni . tapi apalah sangat kita ada sebagai hamba-Nya . taklayak untuk menidakkan apa yang telah berlaku . Allah Maha Kuasa . mintak jasa budi hati masing masing yang baca entry ni , sama sama lah kita sedekahkan surah Al-fatihah untuk beliau . 
Al-fatihah :'( 
tersangat sangat berharap agar aku dapat memperjuangkan semangat beliau sebagai jurulatih JPAM satu hari nanti , insya-Allah. moga Allah melihat ini sebagai niat untuk permulaan yang baik dalam perjalanan hidup aku, jika diberi umur yang panjang untuk bernafas lagi dibumi ni . Amin . lagi satu semester saja lagi tinggal untuk aku habiskan kokurikulum KorSispa . hehe . lepas tu dah takpayah pikir dah pasai nak kena pi kokurikulum setiap hari sabtu ke tak . haha . eleehh orang lain dah heaven lama dah k . hang ja nak rasa semua tu . huhu . biasalah , dah minat ke arah ni . kena perjuangkan selagi boleh . walaupun macam macam pengalaman aku kena hadap bila ada latihan . terutamanya latihan kawad . fuhh ! dia punya seksa tuu aku jaa yang tauu . kahh! semua tu bagi aku rasa cekal kuat dan tak jadik lembik macam aku dulu masa sekolah . aku nak cuba benda baru kat universiti sebab dulu kat sekolah aku tak aktif . orang panggil 'mandom' jaa . haha . mandom k bukan kondominium ehh ehh -,- apa apa hal pun , aku dah rasa sangat sangat lah puas hati sekarang ni sebab aku dapat join program macam macam dalam pertahanan awam ni . wuuu .. Alhamdulillah syukur diberi peluang lagi . sangat seronok dan sangat enjoy dalam KorSispa ni . yang paling bangga sekali bila dapat sarung kan baju dia kat tubuh aku . fuhhh ! rasa smart jaa . pastu rasa macam badan aku berketak ketak sado macam baru lepas balik dari gymnasium haa . haha. poyoo jaa bila orang tengok . kahh! biarkan mulut orang , kita punya suka lah kan . janji ku bahagia . nahh aku nak belanja gambauu aku masa kawad kawalan utama masa bila ni, aku pun dah lupa dah . huhu
 
 
    
SALAM RAMADHAN dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua seluruh umat islam. Wallahualam.
 
#next entry nanti kita update untuk hari raya pulak k . haha. insya-Allah.
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, February 12, 2015

KENAPA RAHSIAKAN PERTUNANGAN ?

 ASSALAMUALAIKUM

  

 


Sering kali kita melihat di laman sosial bahawa pertunangan seringkali diheboh hebohkan . Sebenarnya , pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas yang perlu di jaga dan bukan macam mana suami isteri yang sah .



Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan .


Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan , seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan .” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan , mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri .


Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya . Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas , maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran .


Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang yang bertanggungjawab , beramanah serta rajin beribadah .


Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga . *sangat penting*


Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan , pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga , kewangan dan pengurusan rumah tangga , kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan .


Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat . Malah , bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati .


Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan , jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi , hendaknya ia lakukan ." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya . Hadis shahih menurut Hakim .


Bermakna , sekadar lihat muka dan tangan , hati telah terdetik untuk menikahi , maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri . Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali . Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan . Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan . Muka melambangkan kecantikan .Tangan menunjukkan kesuburan . Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing) .


Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan , seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis .


Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia , berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal . Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri . Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin .


Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata : Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang . Beliau bersabda : "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang , sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat ." Riwayat Ahmad . Hadis shahih menurut Ibnu Hibban . 


Mahu tidak mahu , pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus . Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin , kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan .


Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya .


Dari segi akhlak , pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak , demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya .


Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji . Hakikatnya , pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam .

 p/s : ruangan perkongsian anda dan diri saya sendiri .


syukran jazillan !
terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca ruangan ini . 

*jemput singgah lagi yer :) hoho.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen